Saya berminat dengan
penyampaian ilmu Islam dalam penulisan kreatif. Pada saya media penulisan
kreatif sepatutnya digunakan untuk menyampaikan perkara yang membawa kebaikan. Pertama
kali saya membaca novel “Takdir”, saya kagum kerana pengolahan ilmu Islam yang
tidak berbentuk khutbah. Saya membacanya tanpa merasa dikhutbahkan. Saya membaca
ilmu Islam yang boleh dipraktikkan. Pemahaman Islam disampaikan melalui dailog
dan perlakuan watak, sehingga saya dapat membayangkan bagaimana Islam itu
dipraktikkan dalam kehidupan kita.
Novel ini memberi
saya kefahaman makna takdir, qada dan qadar, aqidah dan lain-lain ilmu Islam. Bagaimana
mempraktikkan Islam dalam kehidupan kita. Saya amat terkesan apabila membaca novel
“Takdir”. Kefahaman Islam saya bertambah kerana ianya disampaikan secara
praktikal dalam watak-wataknya.
Kita masih dapat melihat
gabungan ilmu Islam dalam novel-novel Hilal Asyraf seterusnya, tetapi tidaklah sehebat
trilogi “Takdir”. Saya masih dapat merasakan keseronokkan membaca buku-bukunya
yang lain, tetapi tidak dapat merasakan keseronokkan membaca subjek Islam yang
dibincangkan dalam dailog dan perlakuan watak. Ianya tidak sehebat novel
“Takdir”.
Namun novel “Takdir”
dan novel-novel lain hasil kreativiti Hilal Asyraf masih lagi menarik untuk
dibaca kerana ilmu Islam yang dibincang dalam watak-watak dan dialog.
Kehidupan kita
sentiasa dipenuhi dengan ujian, ada masanya kita lupa bahawa semua itu daripada
Allah swt. Saya sentiasa mengulangi membaca novel trilogi “takdir”, kerana saya
memerlukan kefahaman Islam yang ada dalam dailog dan perlakuan watak, untuk
menghadapi ujian-ujian ini.
No comments:
Post a Comment