Kelas darjah 4 Sek Ren Keb Sultan Idris II, Kuala Kangsar |
Media ini
mempertemukan kita dengan ramai kawan-kawan sekolah. Kawan-kawan universiti
mungkin mudah ditemui, kerana kita terus berhubung selepas konvokesyen. Begitu
juga kawan-kawan sekolah menengah, kerana sebahagiannya memang kita sentiasa
berhubung, rangkaian perhubungan menemukan kita dengan kawan-kawan yang lain.
Lebih mengagumkan
apabila media sosial mempertemukan kita dengan rakan-rakan di sekolah rendah. Bayangkan
ramai daripada kawan-kawan sekolah rendah tidak kita ingati, kecuali beberapa
orang yang bersama kita sehingga ke sekolah menengah.
Mereka menjumpai kita
dalam media sosial. Mereka masih mengenali kita. Betapa hebatnya mereka yang
masih mengenali kita setelah 40 tahun lebih.
Kita cukup bimbang
dengan soalan maut, “Kenal tak saya? Saya dulu......”. Aduh. Kita tidak
terfikir pun ada yang mengingati kita, kerana kita pun tidak mengingati rakan-rakan
sekolah rendah. Kita memang jenis pendiam masa zaman sekolah rendah, diberi
soalan maut, memang maut sungguh.
Kejadian ini
mengingatkan saya semasa bertugas di Ipoh, ada pegawai-pegawai baru masuk
melapurkan diri di cawangan Ipoh. Setahun saya bersama mereka, kemudian saya
bertukar ke Teluk Intan.
Selepas 8 tahun saya
bertemu semula salah seorang daripada mereka Bandar Baru Bangi. Saya tanya,
“ingat lagi saya ke, kita sama-sama di Ipoh?”
“Betul ke kau kerja
di Ipoh dulu?” jawapan maut. Saya ingat dia, tapi dia tak ingat saya.
Kemudian saya bertemu
seorang lagi pegawai baru masa di Ipoh. Kali ini soalan maut kepada saya, “Eh....
kau tak ingat ke aku, kita sama-sama di Ipoh?” Saya hanya senyum aje tak tahu
nak jawap apa.
Ini semua rakan-rakan
yang jarak masa tidak terlalu lama. Maksudnya ingatan kita masih kuat kerana
tempoh masa yang pendek, tetapi masih juga ada yang tidak dapat kita ingati.
“Ada gambar masa kita
sekolah tak?”, itulah jawapan yang dapat saya berikan kepada rakan sekolah
rendah yang baru ditemui dalam media sosial.
Apa yang paling
seronok bertemu kawan lama adalah mendapat gambar kelas semasa sekolah rendah.
Saya tidak tahu kenapa saya tidak ada menyimpan gambar kelas semasa sekolah
rendah. Biasanya sekolah ada mengambil gambar kelas setiap tahun, tapi saya
tidak ada menyimpan langsung gambar kelas semasa sekolah rendah. Media sosial memberi
kita kenangan gambar kelas sekolah rendah. Yang hairannya satu tahun aje yang
ada. Oklah tu.
No comments:
Post a Comment