Hujung tahun 1967 keluarga saya berpindah dari Pantai Remis ke Kuala Kangsar mengikut Apak (ayah) kami yang menjadi anggota Polis. Masih saya ingat keterujaan saya apabila sampai di Berek Polis berhampiran bandar Kuala Kangsar. Masa itu saya berumur 7 tahun. Waktu kami sampai hari hampir malam, saya tidak tahu kenapa, kerana jarak Pantai Remis ke Kuala Kangsar bukanlah jauh. Barang-barang belum diturunkan, kami masuk untuk melihat rumah baru kami.
Pemetik lampu elektrik |
Semasa
di Pantai Remis kami tidak duduk di Berek Polis. Saya tidak pasti ada atau
tidak Berek Polis di Pantai Remis. Apak saya hanya menyewa sebuah rumah
kampung. Rumah sewa kami tidak ada yang di namakan
lampu elektrik. Saya tidak pernah tahu adanya lampu elektrik.
Pelita kaca |
Kami
juga ada jenis pelita minyak tanah yang lain. Pelita ini seperti pelita kaca
juga. Ada bekas isi minyak di bawah yang dibuat dari zin yang penutupnya ada
sumbu. Ada juga satu pemegang bekas minyak dan ditengah-tengahnya ada penutup
kaca.Pelita kaca
Kami
memerlukan pelita kaca yang banyak, sebab rumah sewa kami besar juga. Abang
kakak saya perlu melakukan kerja sekolah. Emak saya memasak pun memerlukan
lampu juga. Lampu diperlukan untuk ke perigi.
Ada
satu lagi jenis lampu yang kami gunakan. Lampu ini boleh menerangi kawasan yang
luas dalam rumah kami berbanding pelita kaca. Lampu gasoline ini ada cara untuk
memasangnya. Setiap senja saya akan duduk dekat Apak saya, kerana masa ini Apak
akan menyediakan lampu gasoline. Bentuk lampu gasoline besar. Ada bekas minyak berbentuk
cerek, terdapat dua lubang yang bertutup di tepi bekas. Satu lubang untuk
mengisi minyak dan satu lagi untuk mengepam. Saya suka tengok Apak saya
mengepam lampu gasoline kerana beberapa saat kemudian lampu akan menyala tanpa mengguna api.
Lampunya berbentuk mentol lampu elektrik.
Lampu Gasoline
Sehingga sekarang saya tidak
tahu bagaimana lampu ini berfungsi. Selepas kami berpindah ke Kuala Kangsar,
saya tidak pernah melihat lampu ini.
Bayangkan
seorang budak berumur 7 tahun yang selama ini hanya mengenali pelita kaca dan
lampu gasoline, tiba-tiba melihat lampu yang begitu terang benderang tanpa
menggunakan api. Hendak terang benderang, petik sahaja suatu benda hitam di dinding.
Tidak perlu bersusah payah mengisi minyak dan menggunakan gores api.
Lampu telah membawa perubahan
pada kehidupan budak berumur 7 tahun. Tahun 1968 saya masuk ke darjah 2 Sekolah
Kebangsaan Sultan Idris II. Saya merasai suasana membuat kerja sekolah berdekatan
pelita kaca, dan dibawah lampu elektrik. Memang sangat berbeza.
No comments:
Post a Comment