Sistem pemerintahan demokrasi, pemilihan pemimpin sesuatu negara adalah berdasarkan undian dari rakyat. Seseorang calun pilihanraya yang mendapat undian majoriti dari rakyat akan menjadi Ahli Dewan. Calun-calun yang menang daripada parti majoriti boleh membentuk kerajaan.
Kerajaan yang
memerintah dalam demokrasi sebenarnya bergantung kepada rakyat untuk melantik
mereka. Kuasa sebenarnya yang melantik kerajaan adalah rakyat. Apakah rakyat
dan calun faham hakikat ini.
Rakyat mungkin faham tetapi akibat dari
pengaruh calun, mereka tidak menyedari akan kuasa mereka. Apabila ditakut-takutkan,
mereka tidak menggunakan kuasa mengundi dengan saksama. Mereka tidak dididik
dengan jujur oleh kerajaan yang memerintah untuk menggunakan kuasa mengundi
mereka dengan rasa tanggungjawab.
Calun
juga faham tetapi kerana mereka lebih tahu akan hak itu, maka mereka memanipulasi
rakyat, dengan menakut-nakutkan rakyat.
Majoriti calun pada
masa kini rasanya tidak memahami hak mengundi pada rakyat. Mereka hanya tahu
undi adalah hak mutlak mereka. Mereka tidak berusaha meyakinkan rakyat untuk
mengundi mereka. Mereka hanya tahu rakyat mesti mengundi mereka, sekiranya
tidak, ada akibatnya.
Inilah
yang berlaku dengan politik Johor. Ada segolongan calun yang merasakan mereka
boleh memanipulasi rakyat untuk mendapatkan suara majoriti teguh, supaya mereka
boleh berbuat sekehendak mereka. Mereka telah berjaya melakukannya di Melaka.
Mereka merasakan mereka boleh berjaya di Johor.
Rakyat
dan kehendak rakyat sudah tidak dipedulikan. Rakyat telah di manipulasi dengan
menakut-nakutkan mereka daripada mendengar hujah calun-calun lain. Dengan cara
yang tidak beretika mereka memfitnah lawan mereka. Rakyat di asak dengan
maklumat yang akhirnya mereka tidak tahu benar atau tidak. Akhirnya mereka memberi
undi kepada golongan yang ramai daripadanya di dakwa di mahkamah.
Rakyat
muda, walaupun nampak macam boleh berfikir, sebenarnya tidak juga. Mereka juga
terpengaruh dengan calun-calun. Mereka tidak sedar calunlah, sebenarnya
memerlukan mereka.
Sangat menarik untuk membincangkan
kenapa ramai rakyat bertindak secara bodoh, tidak menggunakan kuasa mengundi mereka,
untuk memilih pemimpin yang berintegriti. Adakah mereka yang jahil atau suasana
menyebabkan mereka bertindak secara bodoh.
Hipotesis
awal, saya fikir rakyat tahu hak mereka untuk memilih dengan bijak bakal-bakal
pemerintah negara mereka, tetapi di sebabkan asakkan maklumat yang tidak
terkawal dan melimpah, mereka mengundi mengikut emosi yang terbentuk, akibat daripada
asakkan maklumat tersebut. Rakyat sebenarnya dibentuk oleh maklumat-maklumat
ini. Bukan salah mereka, tetapi salah calun-calun yang memberi maklumat yang
tidak bertanggungjawab dan penuh dengan fitnah.
Hipotesis
saya tercabar apabila membaca sebuah buku The Basic Laws Of Human Stupidity
yang ditulis oleh Carlo M. Cipolla. Beliau menyatakan kita akan terkejut dengan
fakta bahawa (a) seseorang yang kita anggap sebagai rasional dan bijak
sebenarnya adalah bodoh (b) setiap hari seseorang diganggu oleh individu bodoh.
Kebarangkalian
untuk seseorang itu bodoh tidaklah bergantung kepada sifat-sifatnya, tetapi kerana
memang mereka bodoh. Bodoh disini bukan bermaksud orang bodoh dari segi akademi,
tetapi seseorang yang melakukan sesuatu dan tindakannya menyebabkan kerugian kepada
orang lain sedangkan dirinya tidak mendapat apa-apa manafaat dan mungkin
mengalami kerugian. Penulis kategorikan manusia kepada empat, the
helpless, the intelligent, the bandit dan the stupid.
The
stupid adalah orang yang membuat kerugian pada semua
orang termasuk dirinya. Mereka juga kadang-kadang masuk dalam kategori helpless,
di mana di sebabkan tindakan mereka, orang lain mendapat manafaat tetapi diri mereka
sendiri tidak mendapat manafaat. Ada masanya di sebabkan tindakan mereka, akhirnya
majoriti orang lain juga tidak mendapat manafaat. Lagi bodoh, apabila mereka merasakan
diri bijak. Menyesal kemudian, akibat tindakan sendiri.
Menggunakan teori Cipolla,
rakyat bukanlah bertindak mengikut emosi dalam memilih calun, akibat asakkan
maklumat-maklumat, tetapi adalah disebabkan kebodohan mereka. Mereka seharusnya
tahu hukum sebab akibat dalam kehidupan.
Pilihanraya sepatutnya
membawa manafaat kepada rakyat, tetapi setiap kali selepas pembentukan kerajaan,
ada sahaja suara-suara tidak puashati. Kalau suara dari golongan yang tidak
terpilih membentuk kerajaan, atau rakyat yang mengundi bukan calun yang
membentuk kerajaan, itu adalah perkara biasa.
Bagaimana kalau suara
tidak puashati datang dari rakyat yang mengundi calun yang membentuk
pemerintah, ini luar dari kebiasaan. Mereka adalah rakyat yang memberi manfaat
pada orang lain yakni pemerintah, tetapi diri mereka sendiri tidak mendapat apa-apa
manfaat, sebab itu mereka menyuarakan rasa tidak puashati mereka. Maka
keluarlah perkataan “menyesal aku undi mereka”. Inilah kategori The Helpless.
Sebenarnya kalau direnungkan
mereka adalah The Stupid kerana tindakan mereka hanya memberi manafaat
kepada segolongan kecil sahaja, majoriti rakyat tidak mendapat apa-apa manfaat
termasuk mereka sendiri.
Kalau kita mengkaji
hujjah-hujjah cerdik pandai dikalangan manusia sudah tentu sentiasa ada
kelemahannya. Sesungguhnya yang lebih mengetahui adalah Allah swt yang mencipta
manusia. Apa kata al Quran, adakah perbuatan manusia datang dari perbuatan
mereka sendiri. Akibatnya mereka tanggung sendiri.
Menarik untuk dibincangkan lagi.