Persaraan adalah masa yang amat ditunggu-tunggu oleh pekerja-pekerja. Mungkin tidak semua, ada yang mahu bekerja sehingga mati. Masing-masing telah berangan-angan apa yang akan dilakukan apabila bersara, itu pun kalau umur panjang. Ada yang ingin melancong kepelbagai tempat yang teringin sangat hendak pergi.
Ada
ramai juga pekerja berangan-angan untuk memiliki sebidang tanah yang boleh di
kerjakan sebagai kebun selepas bersara. Aku ada juga berangan untuk memiliki
kebun, tapi tidaklah terlalu ghairah untuk memilikinya. Sekarang aku memiliki
sebidang tanah untuk berkebun secara tidak sengaja. Aku katakan tidak sengaja
kerana tanah ini aku beli untuk membina rumah. Aku memiliki 2 lot tanah, dengan
harapan akan dapat digunakan untuk membina rumah dan kebun kecil.
Akhirnya rumah yang
saya angan-angankan tidak jadi dibina. Saya juga tidak bercadang untuk menjual
semula tanah tersebut, kerana saya masih juga berangan-angan untuk membina
rumah atasnya. Mungkin juga salah seorang dari anak saya akan menggunakannya untuk
membina rumah mereka.
Asalnya saya ingin
membiarkan sahaja tanah saya tanpa membuat apa-apa. Memikirkan pembeli lain
mungkin akan membina rumah, hati saya tidak selesa membiarkan tanah saya
dipenuhi dengan semak samun. Ini akan menimbulkan ketidak selesaan pada
jiran-jiran.
Selepas memagar dan menambak tanah. |
Selepas kelonggaran PKPD, saya berpeluang melihat kebun saya. Semak samun memenuhi kebun, lebih menyesakkan tumbuh juga pokok-pokok berduri yang sebahagiannya setinggi saya. Saya memijaknya kerana nampak macam mudah sahaja untuk mematahkannya. Rupanya batang pokok berduri itu terlalu liat, saya perlu membongkar sehingga ke akarnya. Saya merancang datang kemudian dengan peralatan kebun yang sesuai.
Ini rupa semak samun selepas PKPD
Hari pertama turun ke kebun bersama isteri dan anak-anak, kami cuba membersihkan semak samun yang semakin banyak tumbuh di dalam kebun kami. Saya cuba untuk mencabut pokok-pokok berduri, tenaga saya tidak mampu untuk mencabutnya walaupun menggunakan peralatan. Sedikit sahaja yang dapat saya cabut, itu pun dalam keadaan yang amat meletihkan. Faktor umur yang mencapai 60 tahun tidaklah memberi kelebihan pada saya.
Memikirkan apa yang berlaku, saya perlu menilai semula cara saya berkebun. Saya mesti mencari orang yang boleh membersihkan kebun ketahap saya dan isteri boleh terus menanam. Akhirnya kebun saya bersih dengan sedikit upah. Kami bolehlah terus menanam dengan tanaman impian kami.
Selepas upah orang lain membersihkan tanah.
Seronoknya bila sudah mula menanam.
Biras saya caranya
lebih agresif, beliau panggil orang menambak tanah, selesai masalah semak
samun. Kemudian beliau beli pokok-pokok yang hendak ditanam. Beliau mengupah
pula orang lain untuk menanam pokok-pokok yang dibeli.
Saya
mendengar cerita seorang pesara yang kawannya juga pesara. Kawannya itu selepas
bersara terus membeli peralatan untuk berkebun. Beliau dengan ghairah dan
bersemangat setiap hari turun ke kebun. Setiap kali apabila dihubungi,
isterinya mengatakan beliau berada di kebun. Beberapa bulan kemudian dia
tiba-tiba berhenti ke kebun.
Saya pernah berbual
dengan seorang anak peneroka FELDA Seberang Perak. Saya kenal orang-orang yang bekerja
di sawah padi sebab saudara mara saya ramai yang sumber pendapatan mereka dari
sawah padi. Mereka ramai yang berkulit gelap. Pemuda ini nampaknya macam bukan
orang bersawah kerana putihnya kulit.
“Betul ke kamu
bekerja di sawah padi,” tanya saya padanya.
“Betul bang, tapi kerja
kami banyak guna mesin, dari membajak tanah sehinggalah menuai. Tak kena panas
bang, ha ha ha.”
Pertama kali saya
dengar, orang ada kebun tidak perlu bekerja macam orang berkebun. Seorang
pesara boleh berkebun tapi hendaklah cara baru. Seorang pesara hanya perlu tengok
tanaman mengeluarkan hasil dan menikmati hasil. Semua kerja upah sahaja pada
perkebun sebenar. Ha...ha...ha
Pesara yang mahu
berkebun untuk mengisi alam persaraannya hendaklah menukar cara berkebun.
Mereka biasa memegang pen semasa bekerja, apabila bersara hendak memegang
cangkul pula. Memang sesuatu yang baru bagi mereka. Mereka tidak boleh berkebun
sebagaimana seorang pekebun yang memang berkebun sejak dari muda.
Pesara tidak boleh
melakukan semua kerja yang dilakukan oleh seorang perkebun biasa. Membersihkan
kebun, menyangkul untuk mengembur tanah, menanam dan sebagainya. Pesara hendaklah
melakukan kerja kebun yang mereka benar-benar mampu lakukan bukan mereka rasa
boleh lakukan.
Saya tidak mampu
untuk membersihkan kebun, tetapi boleh menyediakan tapak untuk menanam. Saya
boleh merumput sikit-sikit. Menjaga tanaman agar tidak di kelilingi semak
samun. Kesilapan saya pada awalnya adalah hendak melakukan semuanya sebagai
seorang perkebun. Mujur saya cepat belajar.
Nikmat sebenar dalam
berkebun adalah apabila kebun kita itu mendatangkan hasil yang dapat dinikmati.
Umpama kata biras saya, kita hanya menanam tananam yang dapat kita dapat nikmati
masa hidup.
Sudah tidak kenal mana satu tanah saya. |